Friday 12 April 2013

Testimoni 2013



HOT TESTIMONI 2013!!


Ini adalah beberapa respon dari pelanggan kami berkenaan produk yang kami tawarkan..
Baca lah :) 

Selamat membeli belah di Busana Khadijah..


Nurul Syazwani bt Abdullah, 24 tahun
Pelajar IPTA


First time beli baju secara online sebab saiz badan yang besar.. Tapi alhamdulillah selepas membeli blouse dari Busana Khadijah, saya yakin untuk membeli secara online. Dari segi jenis kain, memang agak sesuai dan tahan lama. Bagi Muslimah, memang sesuai membali baju di Busana Khadijah kerana baju tidak terlalu mengikut ukuran badan. Lepas ni, kalau dapat diskaun lagi, saya nak beli :) Terbaikk!


Zuraina bt Md. Jasin, 23 tahun
Pelajar IPTA



Mula-mula saya tengok dah berkenan di hati tapi tak pasti hendak beli secara online sebab bimbang saiz baju yg dtunjukkan tidak sama seperti ukuran badan saya. Namun, alhamdulillah, baju yang saya beli sama dengan ukuran badan. Berkenaan harga, boleh tahan la.. Baju Muslimah di Busana Khadijah memang sesuai untuk kaum Hawa di luar sana. Jadi, apa tunggu lagi.. Beli lah baju di Busana Khadijah.

Wednesday 27 March 2013

Etika sebagai Muslimah

Etika sebagai Muslimah

Salam buat semua peminat Busana Khadijah..

Maaf dipohon dari pihak kami kerana sudah lama tidak menulis..
Apapun kali ini, kami sediakan artikel berkaitan adab atau etika sebagai Muslimah..

Sebagai Muslimah, kita punyai garis panduan yang ditetapkan dalam Islam..
Ini adalah untuk menjaga maruah dan harga diri seseorang wanita, tidak kira di mana mereka berada..

Antara garis panduan tersebut adalah ...


  • Beriman kepada Allah dan Rasul Nya
  • Taat kepada suami
  • Taat kepada ibu bapa
  • Hormati orang yang lebih berusia
  • Jaga tingkahlaku juga lisan
Dengan lengkap kesemua perkara di atas, Muslimah sejati yg diimpikan juga merupakan seorang wanita solehah..

Hadith yang berkaitan:


Abdullah bin Amr  meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya dunia itu  adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah .”
 (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar ibnul Khathab r.a.:

 “Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri  solehah  yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila ia bepergian si isteri  ini akan menjaga dirinya.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil t berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)

Justeru, rebutlah peluang untuk menjadi Muslimah yang beradab dan beretika..
Selamat Beramal ^_^v


ref: http://majalah-i.karangkraf.com