Friday 2 March 2012

Keistimewaan pakaian cotton

          Kain pada asalnya diperbuat daripada benang kapas. Kebiasaanya kita mendengar asal kapas menjadi benang, daripada benang menjadi kain. Kain yang diperbuat daripada kapas diperakui mempunyai keistimewaan yang tersendiri, justeru ia telah menguasai pasaran fabrik sejak zaman berzaman lagi dan menyaingi pelbagai jenis fabrik lain. 
 
        Pakaian daripada kain kapas sentiasa menjadi pilihan penggemar yang mengetahui akan kelebihannya. Fabrik ini lebih lembut, sejuk dan menyerap peluh. 

        Warna yang dicetak pada fabrik ini juga mempunyai daya tahan terhadap cuaca serta menghasilkan warna yang segar dan tidak mudah pudar.

         Penjagaannya juga tidak sukar seperti fabrik lain dan ia boleh dipakai lasak dan sesuai untuk mereka yang melakukan kerja-kerja diluar pejabat.






No comments:

Post a Comment