Saturday, 3 March 2012

Etika Pemakaian

Apabila berbicara mengenai pakaian. kita tidak akan dapat lari dari membicarakan mengenai aurat, kerana dalam Islam pakaian dan aurat adalah sesuatu yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. 

Dari segi bahasa, aurat berasal dari perkataan arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Manakala menurut istilah syarak pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.

 Islam menggariskan wanita mesti menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian pula hendaklah terdiri daripada jenis kain yang tebal, tidak nipis dan tidak jarang agar tidak menampakkan susuk tubuh. Selain itu, antara perkara yang dititik beratkan adalah pemakaian yang longgar dan tidak terlalu ketat.

Penyesuaian pakaian mengikut bentuk tubuh.

1) Bertubuh rendah

~Fabrik bergaris panjang
~Garis leher berbentuk 'U' atau 'V'
 ~Corak halus
~Fabrik lembut

2) Bertubuh rendah dan gempal

~Fabrik bercorak jalur memanjang atau kecil-kecil
~Warna gelap
~Stail pakaian ringkas
~Fabrik nipis dan lembut 

Friday, 2 March 2012

Keistimewaan pakaian cotton

          Kain pada asalnya diperbuat daripada benang kapas. Kebiasaanya kita mendengar asal kapas menjadi benang, daripada benang menjadi kain. Kain yang diperbuat daripada kapas diperakui mempunyai keistimewaan yang tersendiri, justeru ia telah menguasai pasaran fabrik sejak zaman berzaman lagi dan menyaingi pelbagai jenis fabrik lain. 
 
        Pakaian daripada kain kapas sentiasa menjadi pilihan penggemar yang mengetahui akan kelebihannya. Fabrik ini lebih lembut, sejuk dan menyerap peluh. 

        Warna yang dicetak pada fabrik ini juga mempunyai daya tahan terhadap cuaca serta menghasilkan warna yang segar dan tidak mudah pudar.

         Penjagaannya juga tidak sukar seperti fabrik lain dan ia boleh dipakai lasak dan sesuai untuk mereka yang melakukan kerja-kerja diluar pejabat.






Thursday, 1 March 2012

Busana Muslimah..

Salam Muhibbah dan selamat datang buat pembaca entri ini.. Terima Kasih atas sokongan anda terhadap produk kami..

Buat pengetahuan semua, kami merupakan syarikat kecil yang menjual busana muslimah secara dalam talian atau menggunakan sistem 'online'. Terdapat pelbagai jenis t-shirt, telekung dan blouse untuk muslimah. Ia sesuai digayakan untuk pelbagai majlis yang terdiri daripada majlis formal dan informal.
Ia didatangkan khas dengan pelbagai corak dan kombinasi warna yang menarik..Cuba lihat dan anda pasti tertarik..Harga yang kami tawarkan ialah harga mampu milik..

 Inilah busana muslimah yang anda cari. Anda boleh lihat, pilih dan beli.




CODE:HN2
BODY: 6 FUNCTION BUTTONS WITH COLLAR
COLOR: WHITE/MAROON /GREY STRIPE
SLEEVE: LOOSE/BUTTON
MATERIAL: 100% COTTON
SIZE: S,M,L,XL
PRICE: RM55



CODE:HC627
BODY: BLACK + LIGHT PINK + ABSTRACT PRINTING
MATERIAL:TC30
SLEEVE:SITI
RM28
SIZE: M,L,XL,3XL




Berminat?

Email: busanakhadijah@ymail.com
No. Tel: 0179788224





Kepuasan anda keutamaan kami..