Wednesday 28 March 2012

Ciri-ciri Berpakaian bagi Muslimah

Aurat tidak akan tertutup dengan berperangai baik,
Aurat tidak akan tertutup dengan sifat lemah lembut,
Aurat tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik,
Aurat tidak akan tertutup dengan solat,
TETAPI.....aurat hanya akan tertutup dengan pakaian yang sempurna.

Ini menunjukkan betapa pentingnya menutup aurat dgn pakaian yg ssuai...
Renung2 kn la....:)

Berfesyen adalah sangat seronok kerana orang lain akan menilai kita dari segi kita berpakaian lebih-lebih lagi bagi seseorang yang berkerjaya. Bagi seorang wanita pasti la ingin imej yang menarik dan berasa gembira apabila dipuji. dengan berpakaian juga,anda boleh memberi penampilan pelbagai yang menarik. Walaupun berfesyen sangat seronok dan dapat menunjukkan imej kita,kita jangan la lupa kepada syariah yang telah ditetapkan dalam Islam. Antara ciri-ciri berpakaian bagi Muslimah yang dituntut oleh syarak ialah:


  • Memakai pakaian yang sesuai dengan tubuh badan anda. Maksudnya kita jangan la memakai pakaian yang ketat sehingga menampak kan susuk badan. Ia tidak disukai dalam Islam. 
  • Sebagai seorang Muslimah,kita hendak la melabuhkan tudung sehingga ke paras dada. ini adalah bertujuan untuk mengelak kan daripada menjadi perhatian.
  • Jangan la memakai pakaian yang jarang. Ini kerana memakai pakaian yang jarang adalah sama dengan kita tidak berpakaian.
  • Tidak berpakain seperti lelaki. Rasullulah melaknat wanita yang berpakaian seperti lelaki. kita dilahirkan sebagai wanita, menagapakah kita hendak berpakaian seperti lelaki. kita harus la ingat bahawa Allah mencipta kan kita sebaik-baik umat.
  • Sebagai seorang Muslimah, kita hendak la menutup aurat dengan sempurna kerana ia merupakan tuntutan syarak.


Akhir kata sebagai muslim sejati, kita hendakla berpakaian dengan sempurna dengan menutup aurat seperti yabg dituntut oleh syarak. :)

No comments:

Post a Comment