Saturday 3 March 2012

Etika Pemakaian

Apabila berbicara mengenai pakaian. kita tidak akan dapat lari dari membicarakan mengenai aurat, kerana dalam Islam pakaian dan aurat adalah sesuatu yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. 

Dari segi bahasa, aurat berasal dari perkataan arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Manakala menurut istilah syarak pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.

 Islam menggariskan wanita mesti menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian pula hendaklah terdiri daripada jenis kain yang tebal, tidak nipis dan tidak jarang agar tidak menampakkan susuk tubuh. Selain itu, antara perkara yang dititik beratkan adalah pemakaian yang longgar dan tidak terlalu ketat.

Penyesuaian pakaian mengikut bentuk tubuh.

1) Bertubuh rendah

~Fabrik bergaris panjang
~Garis leher berbentuk 'U' atau 'V'
 ~Corak halus
~Fabrik lembut

2) Bertubuh rendah dan gempal

~Fabrik bercorak jalur memanjang atau kecil-kecil
~Warna gelap
~Stail pakaian ringkas
~Fabrik nipis dan lembut 

No comments:

Post a Comment